Selasa, 27 November 2012



                                             RESEPI AYAM PERCIK 

Hari2 aku gigih pikirkan menu nak masak apa utk berbuka.. aku tak pening sgt juadah utk bersahur sbb aku just panaskan balik mana2 lauk yg boleh di makan waktu sahur..

Kecuali sayurlah kan sbb biasanya sayur tak tahan lama sgt kalau di simpan.. aku tau korang pun sama pening jugak kan.. kihkihkih.. kadang2 nak masak tu ini tapi bahan adaaa je tak cukup..


Masa beli barang basah semalam, aku sempat rembat buku resepi ni.. menarik gak resepi2 dlm tu.. kang mana2 yg aku dah cuba aku akan share kat korang lak ye..

Okey, meh aku kongsikan resepi ayam percik simple ni.. rujukan asal adalah dr website myresepi.. tapi aku ejas ikut suka hati aku sbb ada bhn2 yg tak cukup..

Okeymeh tengok bahan2nya :

Watak utama adalah hayam.. hehehe..

Amboiii, siap kepala tu mengadap kamera ye incik ayam.. gimnastik sungguh.. Ayam tu korang potong besar2 ye.. ambik bahagian mana yg korang suke..

Aku ambik bahagian ni aje.. basuh ayam bersih2 ye..


Ko tengok, gigih aku masak sambil belek2 resepi tau..

Sempat berfesbuk lg.. tu yg kadang2 salah taip tu.. hahhahha.. nasib baik aku tak tercincang henpon aku.. hehehe.. settle bab ayam sila ketepikan sekejap.. jom wat keje lain lak..


Jom sediakan bahan2 utk di kisar :

~ 2 biji bawang besar
~ 2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
~ 2 batang serai
~ 2 cm halia
~ 1 sudu kecil biji ketumbar
~ 4 ulas bawang putih
~ sedikit air utk blender

Bahan2 lain :
~ 3 sudu besar cili kering kisar.. tambah lagi kalau nak lebih pedas ye..

~ garam atau bahan perasa..

~ santan pekat 1 cawan.. kalau masak sekor ayam guna 2 cawan santan pekat.. senang citer masukkan je santan kotak yg 200ml tu..

~ asam keping sekeping je


Cara2nya :
1. Mula2 masukkan ayam dalam kuali.. tuangkan bahan2 kisar tadi ke atas encik ayam tersebut.. masa ni jgn bukak api dulu..


2. Ambik santan.. tuang ke dalam kuali yg berisi ayam + bahan kisar td..


3. Selepas masukkan santan, masukkan pulak 3 sudu besar cili kering kisar.. Haaaa masa ni dah boleh bukak api.. api sederhana je ye..

4. Kacau2 bg ayam tu sebati dgn kuah.. jgn lupa terbalikkan bg ayam tu tak masak sebelah aje...


5. Masukkan asam keping sekeping aje.. masukkan garam secukup rasa..


6. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..


7. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..

8. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..


9. Ayam yg sudah siap di bakar..


10. Tuangkan baki sos/kuah ayam percik tadi ke atas ayam tersebut.. siapppp... sedap woooo.. tapi tak tau le pada tekak korang lak kan..

Selamat mencuba resepi yg simple ni ye.. hehehe
resepi nasi tomato

ayam masak merah tu.. sebenarnyer ade feberet yang membe buat.. bayangkan masa nak masak nie dok teringat-ingat kat tekak (hehe) yang die buat tu.. sampai nepon die mintak resepi.. tapi sebab cili yang kawan buat tu kene pakai cili kering yang di rebus n blender tu.. dan time saye buat nie takde semua tu.. so masih gunakan resepi mama ler.. next time kalo buat version membe tu saya upload gambo n resepinyer...

****
Nasi Tomato

resepi nasi tomato nie makcik yang kasi.. sebab nasi tomato nie dah macam menu wajib kalo makcik buat makan - makan kat rumah die.. semua masak sendiri.. tapi bukan dengan ayam masak merah jer.. ade acar telur, daging rendang dan dalca.. tapi version anak sedara die yang kurang rajin nie yang nie jer la.. yang makan pun 3 beranak jer.. yang penting anak kami si Iman tu yang  paling suke sangat kat nasi nie.. pertama kali repeat 3 kali makan nasi dalam waktu siang jer.. slalu nak repeat pun susah.. 

ok le.. bahan - bahan untuk membuat nasi tomato nie...

bahan A
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak

2 ulas bawang putih - cincang
3 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang

bahan B
1/4 cawan susu cair
3 biji tomato di potong dadu kecil hancur
1/4 cawan sos tomato
garam + gula
3 pot - Beras (rendam dalam air selama 15 minit)

cara - caranya...

tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

masukkan ke dalam rice cooker (kalo nak terus tumis dalam rice cooker pun bole) dan masukkan beras dan air (sukatan air macam masak nasi tu)..

kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata.. 
Ayam Masak Merah

Bahan - bahannya...
1/2 ekor ayam di potong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
8 sudu besar cili giling
8 sudu besar sos tomato
2 inci halia - di potong nipis
2 batang serai - dititik
garam + gula

cara - caranya...
tumiskan bawang + halia + serai sehingga naik bau dan masukkan cili giling dan sos tomato.. biarkan sehingga mendidih.. masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata.. masukkan juga gula dan garam secukup rasa.. masak sehingga kering sedikit dan hidangkan...



Isnin, 26 November 2012


NASI AYAM RESIPI BONDA




Kjee jarang masak Nasi Ayam sebab makanan ini mudah diperolehi. Ketika tinggal di Taman Melawati dulu, ada beberapa restoran dan gerai yang jual nasi ayam yang sedap. Jadi tak payahlah sibuk2 nak buat sendiri.

Di Sungai Buloh pun ada satu restoran (dekat Econsave) yang jual Nasi Ayam sedap. Tapi Kjee ni bukan jenis yang suka sangat Nasi Ayam. Ada pun okay, tak ada pun tak kesah.

Tetapi beberapa hari lepas Nadia kata lama dah tak makan Nasi Ayam air tangan Mama. So pagi tadi, masa Unclepali gi Posto, Kjee suruh dia beli dua ekor ayam yang baru sembelih. Kat Sg Buloh memang ada banyak tempat orang sembelih ayam.

Seekor Kjee plan nak panggang dan seekor lagi goreng. Tapi sebelum goreng, Kjee rebus kira-kira 10 minit pastu baru goreng. Cara ini, dapatlah buat sup untuk Nasi Ayam nanti.

Kjee tak tahulah samada cara Kjee buat Nasi Ayam ni, namanaya Nasi Ayam Hainan atau tidak. Ia resipi yang selalu dibuat arwah Bonda dulu.

NASI AYAM

3 mug beras (mug standard tinggi 4 inci. Kjee guna beras wangi)
4½ air
2 inci halia (diketuk)
4 ulas bawang putih (diketuk)
2 sudu besar majerin (Kjee guna Daisy)
3 ketul chicken cube
2 helai daun pandan (kalau suka)

CARA

Masak air sebanyak 4½ mug bersama 3 cube ayam. Beras dibasuh dan tos hingga kering. Panaskan periuk dan cairkan majerin. Masukkan bawang putih dan halia. Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit. Kemudian alihkan beras tadi k dalam rice cooker. Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk rice cooker. Masukkan daun pandan dan biar ia tanak hingga masak. Lerai2 dengan garfu setelah nasi masak.

SAMBAL

5 biji cili hidup (dibuang biji)
5 cili padi (kalau suka pedas)
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu besar sos cili
sedikit garam
sedikit cuka kalau guna

CARA

Kjee blend semua bahan diatas kecuali sos cili, bersama sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sos cili serta garam (dan cuka kalau guna). Didihkan sampai pekat. Padam api.



KICAP

4 sudu besar kicap manis (Kjee guna cap kipas udang)
beberapa titis minyak bijan
1 senduk air rebusan ayam (untuk sup)
1 sudu besar sos tiram

Campurkan semua bahan2.

AYAM



Ayam panggang

1 ekor ayam
1 biji lemon atau limau nipis
1 biji bawang besar
1 sudu besar rempah rosemary (optional)
butter
garam
lada hitam

Bersihkan ayam luar dan dalam. Potong dua limau nipis atau lemon. Potong dua bawang besar. Kemudian sumbatkan rempah rosemary (kalau guna), bawang dan lemon ke dalam badan ayam menerusi bawahnya (cara ini Kjee tengok dia orang buat di tv).
Kemudian sapu sedikit garam dan lada hitam di keseluruhan badan ayam. Selepas itu, lumurkan pulak dengan butter. Butter akan membuat ayam crispy.
Bakar guna suhu 200 darjah selama lebih kurang 1½ jam.




AYAM GORENG

1 ekor ayam potong dua.
½ periuk air
daun ketumbar (akarnya sahaja)
1 biji bawang besar
garam
serbuk perasa kalau guna

CARA

Didihkan air. Masukkan bawang yang telah dibelah 4, garam, serbuk perasa serta akar daun ketumbar. Akar ini ikut suka letak banyak mana. Aroma dari akar ini akan membuatkan sup sedap. Apabila air mendidih, masukkan ayam ke dalam periuk dan didihkan guna api perlahan kira-kira 10 minit. Kemudian keluarkan ayam, lumurkan dengan sedikit garam dan kicap manis. Kemudian goreng ayam. 
Air rebusan ayam tadi boleh dijadikan sup. Kjee turut campakkan kaki ayam serta tulang2 ayam ke dalam stok rebusan ayam ini. Tulang2 dari lebihan yang disimpan untuk tujuan buat sup.

CARA MENGHIDANG

Timun
Salad
daun ketumbar




PUDING ROTI ORANG LAMA





Kan mak dah cakap...resipi orang lama lebih sedap. Orang sekarang main suka bubuh macam2 tapi tak semestinya sedap. Hah itu gamaknya dailog Bonda kalau dia masih hidup.  



Anyway, semalam Kjee buat lagi Bread Pudding stail lama atau Puding Roti cara arwah Bonda. Buat dua kali dalam masa dua minggu. Bukan kerana sedap sangat walaupun Nadia kata best in the world  tapi ada leftovers roti selepas buat egg mayo sandwich, dua hari berturut2. 

Nak buang sisa roti tu, sayang. Nak bagi monyet kat belakang rumah, takut pulak. Nanti monyet tu tersyok diberi makan, hari2 tunggu tangga belakang rumah dan masuk. Betul tak?

Tapi bukanlah nak perlekehkan resipi zaman ini. Tetapi resipi arwah Bonda atau resipi orang tua2 zaman dulu memang sedap. Bahannya sikit jer. Kjee guna roti, susu manis, telor dan butter. Marjerin pun boleh. Sepatutnya bubuh esen vanila tapi dua2 kali Kjee lupa. Tapi tetap sedap dan tak hanyir!

NOTA: Dalam resipi nanti, Kjee bubuh roti 1½ buku. Actually, roti yang Kjee gunakan hanya lebihan roti selepas dibuat sandwich. Roti yang Kjee trim keraknya dan jugak sekeping kulit atas dan bawah.

Jom kita intai resipi semalam.






PUDING ROTI
sumber Bonda

BAHAN
1½ buku roti Gardenia (tengok nota diatas. Crust dari 1½ buku roti)
susu manis (ikut suka nak manis mana. Kjee guna +- ½ tin)
3 biji telor
butter/marjerin
esen vaniila (Kjee tak bubuh)

CARA

Roti direndam dalam lebih kurang 2 mug air. Ramas2 sedikit. Lepas kira kira 10 minit, buangkan sikit airnya. Pukul telor dan masukkan ke dalam roti tadi. Kemudian masukkan susu dan rasa.

Panaskan oven 10 minit suhu 200 darjah.

Lenserkan bekas dengan sedikit minyak. Kjee guna oil spray dan 2 bekas pyrex lonjong. Tuangkan bancuhan ke dalam bekas. ¾ penuh jer tau. Bubuhlah hirisan butter atau merjerin di permukaan nya.

Kemudian letak bekas dalam dulang alluminum (takut bancuhan tertumpah ketika masak) dan bakar selama 1 - 1½ jam atau sampai masak.

Sejukkan betul2 baru dipotong. 

Adunan yang Kjee buat agak lembik sedikit. Kjee suka yang lembik dan makan gunakan garfu. Kalau nak makan dengan ice cream, pudding biarlah tawar sikit. Bonda bubuh kismis tapi Nadia tak suka kismis.





                Resepi paling pop

Aiskrim Goreng

Projek lama yg dah terpendam.. semalam bila terpandang di blog Catlina terus ke dapur hana selongkar atas n bawah..hihihi.. mmg teruja utk mencuba ais krim goreng ni. sebelum ni pernah makan di sebuah warong sebelum jambatan Tongkang pechah tu.. biasalah bila makan.. saya akan membelek2 n dgn rasa tak malu n ringan mulut terus bertanya makcik yg mgoreng ais krim ni.. berpandukan rspi di dapur Hana n saya mengubahsuai sedikit rspi ini.. Saya CP resepi dari dapur hana yer.. terima kasih dik ina n lina.pg..


Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....
Letakan aiskrim pilihan... kebetulan ada 2 box aiskrim di peti ais.. sukenya...

aiskrim lava coklat
Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..
Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..
aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...
sangat yummyyyyyyy... jom makan aiskrim goreng di petang jumaat yg indahhhh...

sajian keluarga

                 Sajian kebahagian keluarga

Kari Ikan Malabari

Kari Ikan Malabari
Sumber : Kak Ros
Gambar : Baya

Bahan Yang Perlu :
500 gm ikan tenggeri, nyuk-nyuk, merah, salmon pun sedap

1 biji bawang besar cincang
4 ulas bawang putih, hiris
1 inci halia, hiris
4 biji cili hijau
2 tangkai daun kari
1/2 sudu teh biji sawi
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh garam masala
2 sudu makan cili giling
1/2 sudu teh kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
garam & lada hitam secukup rasa
santan
4 sudu makan minyak
1 cawan air, lebih jika perlu
daun ketumbar cincang

Cara memasaknya:
Ni dah dtg vit. m....... ala masak macam biasa Cuma yang ni ikan diperap dulu. Kemudian tumis darat dengan bahan yang dinyatakan mudah dan yummmyummm.

1. In a large mixing bowl, combine the ground cumin, garam masala, red chili powder, tumeric, ground coriander, salt and pepper.
2. Cut the fish into 2 inch pieces and marinate with the dry spice mixture. Cover and refrigerate for at least a few hours.
3. In a large skillet, heat 3 tbsp of the oil on medium heat and add the onions. Cook for 5 minutes until they soften and slightly brown, add the ginger and garlic.
4. Stir fry for an additional few minutes and then add the marinated fish pieces. Let the fish lightly brown on all sides and add the water.
5. Add any remaining spices from the dry marinade and the coconut milk, cover and gently simmer on low heat for 5-6 minutes. Stir gently so as to not break the fish into smaller pieces.
6. In a separate sauce pan on medium high heat, add the oil. When it is just barely smoking, very carefully add the black mustard seeds. These tend to splatter, so be careful.
7. Reduce the heat to low and add the green chilies and curry powder. After 30 seconds, remove from the heat
and pour over your fish curry.

Hias dengan daun ketumbar dan hidang.