Isnin, 26 November 2012


PUDING ROTI ORANG LAMA





Kan mak dah cakap...resipi orang lama lebih sedap. Orang sekarang main suka bubuh macam2 tapi tak semestinya sedap. Hah itu gamaknya dailog Bonda kalau dia masih hidup.  



Anyway, semalam Kjee buat lagi Bread Pudding stail lama atau Puding Roti cara arwah Bonda. Buat dua kali dalam masa dua minggu. Bukan kerana sedap sangat walaupun Nadia kata best in the world  tapi ada leftovers roti selepas buat egg mayo sandwich, dua hari berturut2. 

Nak buang sisa roti tu, sayang. Nak bagi monyet kat belakang rumah, takut pulak. Nanti monyet tu tersyok diberi makan, hari2 tunggu tangga belakang rumah dan masuk. Betul tak?

Tapi bukanlah nak perlekehkan resipi zaman ini. Tetapi resipi arwah Bonda atau resipi orang tua2 zaman dulu memang sedap. Bahannya sikit jer. Kjee guna roti, susu manis, telor dan butter. Marjerin pun boleh. Sepatutnya bubuh esen vanila tapi dua2 kali Kjee lupa. Tapi tetap sedap dan tak hanyir!

NOTA: Dalam resipi nanti, Kjee bubuh roti 1½ buku. Actually, roti yang Kjee gunakan hanya lebihan roti selepas dibuat sandwich. Roti yang Kjee trim keraknya dan jugak sekeping kulit atas dan bawah.

Jom kita intai resipi semalam.






PUDING ROTI
sumber Bonda

BAHAN
1½ buku roti Gardenia (tengok nota diatas. Crust dari 1½ buku roti)
susu manis (ikut suka nak manis mana. Kjee guna +- ½ tin)
3 biji telor
butter/marjerin
esen vaniila (Kjee tak bubuh)

CARA

Roti direndam dalam lebih kurang 2 mug air. Ramas2 sedikit. Lepas kira kira 10 minit, buangkan sikit airnya. Pukul telor dan masukkan ke dalam roti tadi. Kemudian masukkan susu dan rasa.

Panaskan oven 10 minit suhu 200 darjah.

Lenserkan bekas dengan sedikit minyak. Kjee guna oil spray dan 2 bekas pyrex lonjong. Tuangkan bancuhan ke dalam bekas. ¾ penuh jer tau. Bubuhlah hirisan butter atau merjerin di permukaan nya.

Kemudian letak bekas dalam dulang alluminum (takut bancuhan tertumpah ketika masak) dan bakar selama 1 - 1½ jam atau sampai masak.

Sejukkan betul2 baru dipotong. 

Adunan yang Kjee buat agak lembik sedikit. Kjee suka yang lembik dan makan gunakan garfu. Kalau nak makan dengan ice cream, pudding biarlah tawar sikit. Bonda bubuh kismis tapi Nadia tak suka kismis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan