Isnin, 26 November 2012



                Resepi paling pop

Aiskrim Goreng

Projek lama yg dah terpendam.. semalam bila terpandang di blog Catlina terus ke dapur hana selongkar atas n bawah..hihihi.. mmg teruja utk mencuba ais krim goreng ni. sebelum ni pernah makan di sebuah warong sebelum jambatan Tongkang pechah tu.. biasalah bila makan.. saya akan membelek2 n dgn rasa tak malu n ringan mulut terus bertanya makcik yg mgoreng ais krim ni.. berpandukan rspi di dapur Hana n saya mengubahsuai sedikit rspi ini.. Saya CP resepi dari dapur hana yer.. terima kasih dik ina n lina.pg..


Bahan-bahan:

  • 10 keping roti putih
  • 5 scope aiskrim (apa2 perisa)
  • Plastik wrap ( untuk balut roti)
  • Minyak
  • Cara-cara:
    1. Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
    2. Skopkan aiskrim ke atas roti.
    3. Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
    4. Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
    5. Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
    6. Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas.
Roti putih... digelek sedikit utk mendapatkan roti yg sederhana padat....
Letakan aiskrim pilihan... kebetulan ada 2 box aiskrim di peti ais.. sukenya...

aiskrim lava coklat
Tangkupkan kepingan roti tadi dengan kepingan roti lain di atas aiskrim ...lupa nk snap pic pulak.. lepas tu ambil lah cawan (sesuaikan dgn saiz roti) tekankan atas roti .. sehingga menjadi seperti di bawah..terus simpan dalam bahagian bhg dinginbeku peti ais..
Lebihan tepi2 roti tu jgn di buang.. hihihi.. boleh buat puding roti pulak lepas ni..
aiskrim roti yg telah siap.. saya dpt 12 keping.. simpan semalaman sebelum di goreng...
goreng dalam minyak yang panas.. sebaiknya bila minyak dah panas terus masukkan aiskrim ni dlm kuali.. balik2kan hingga kekuningan.. n siap boleh terus di makan...
sangat yummyyyyyyy... jom makan aiskrim goreng di petang jumaat yg indahhhh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan